.

CATATAN SAFAR KU

CATATAN SAFAR KU KE COTABATO, MINDANAO, FILIPINA

24 Dis 2015
Flight dari Cebu ke KL. Alhamdulillah selamat sampai di Malaysia.

21 Dis 2015
Bergerak ke Davao City. Sebelum tu 1 jemaah 3 hari dapat dikeluarkan.

16 Dis 2015
Pindah route ke Masjid Barter,
Pulau balabak di palawan island filipina ada satu kampung, ketua perempuan mempunyai ramai suami, tribe mulduk, ada dialek sendiri, sembahyang hanya dua kali setahun iaitu aidil fitri dan adha sahaja, ada juga kisah di pergunungan, misionari menetap di gunung utk mengajar agama kr* dapat bantuan melalui helikopter,

15 Dis 2015
Orang maranao buat masjid sendiri, orang moro atau magindanao anggap kerja dakwah ni milik orang maranao, kebanyakan maranao tinggal di bandar2 beniaga dan merantau, magindano adalah penduduk asal yang menetap bertani,

14 Dis 2015
Route Masjid Ali Amir, seorang orang baru azam keluar 3 hari kali pertama hari jumaat ni,

13 Dis 2015
Pindah route ke masjid seterusnya, alhamdulillah 3 orang baru dapat buat gash kali pertama,

12 Dis 2015
Usuli jauh ke Delican, Datu Odin Sensuat, Alhamdulillah 2 jemaah 3 hari dapat dikeluarkan, satu orang first time keluar 3 hari, dari Masjid Mantawil dan Masjid Pablocacion,

10 Dis 2015
Jumaat ni ada satu jemaah 3 hari, satu jemaah 40 hari bulan april 2016, hari ini pindah route ke Masjid Nurul Iman, Pascala Compound, cotabato city.

8 Dis 2015
Jika menyentuh hati mereka yang sudah berhabis jiwa mempertahankan tanahair, maranao susah berdakwah kepada magindanao, belum ada buku taklim dalam magindanao (syor hadiahkan kepada orang tanggungjawab kitab taklem dalam bahasa inggeris atau bahasa arab untuk terjemahan), orang magindao masih belum ambil usaha, kitab taklem dalam bahasa maranao atau tagalog mereka (magindanao) tak faham, berikut adalah kawasan yang menggunakan bahasa magindanao:
cotabato, sultan kudarat, pikit*, midsayap, matalam, carmen, kidapawan city, north upi, south upi, kalamsig, palimbang, tasurong, city, general santos, kiamba, maitu, maasim, glam, chr* kibawa, arakan, pagadin, m'lang, malita, dapitan.

7 Dis 2015
Pindah masjid delican pablicion, datu udin sensuat, masjid yg besar masyaAllah hasil sumbangan kerajaan Arab Saudi, banyak bantuan diterima daripada arab saudi dan libya juga, ada juga telaga air atau pam air tanah yang disumbangkan oleh ACT Malaysia.

6 Dis 2015
InsyaAllah satu jemaah 40hari dan 3 hari sedia untuk keluar.

4 Dis 2015
Di Markas Cotabato, khidmat, nasi beli beras 10% hancur.

3 Dis 2015
Alhamdulillah, hari ni pindah route, sebelum tu ke markas Cotabato dahulu, di sini malam markas cotabato hari khamis malam jumaat bersama malam mesyuarat, mengisi program markas dgn bayan maghrib dan subuh, cikgu azhar ithnin bayan maghrib, bayan subuh cikgu azhar jamitka, mashaAllah ramai bagi nama azam keluar di jalan Allah.

1 Dis 2015
Pindah masjid ke Masjid Jamek Dumama, taskil 2 pelajar mujahid 17 tahun dan norman 19 tahun, mereka sedia untuk 3 hari,

30 Nov
Berjumpa 2 orang yg revert to Islam, seorang baru 2 tahun dan seorang lagi sudah 23 tahun (ridzuan) revert to Islam, berbincang berkenaan perubatan sunnah, masyaAllah banyak belajar, ramai bagi azam untuk keluar di jalan Allah, 1 disember satu jemaah 40 hari ada azam nak keluar, 4 disember ni ada jemaah tempatan 3 hari bulanan nak keluar,
12 rakaat: taam selesai, makan sebelum zohor, zohor jam 11.31 waktu tempatan, talipon amir sab dibaiki dalam masa 15 minit.

28 Nov 2015
Alhamdulillah di route pertama kami di Masjid Al-Mubarak di Jalan Santos, Prof Ahmad buat usaha di sini, jumpa ir engr. Macapado d. Benito, ARmm compound cotabato city, orang Islam dan bukan Islam seakan-akan seimbang, sesuai dengan nama cotabato rumah2 di sini ada banyak tembok tinggi di rumah mereka, semasa ziarah jumpa ramai anak2 muda yang ikut sekali, permainan petang adalah basketball.

27 Nov 2015
Bergerak dari Cebu Island ke Iligan menaiki feri selama 15 jam (satu malam), dari iligan ke Marawi City selama satu jam, Masjid Abu Bakar, bergerak ke Cotabato menaiki van (9 orang sangat sesuai ditambah dengan barang2) selama 4 jam perjalanan mencabar, jalan konkrit simen, sebelah kanan jalan dan pemandu sebelah kiri.

26 Nov 2015
Tiba di cebu jam 1420, 3 jam lebih penerbangan kuala lumpur ke cebu, selisih masa 1 jam awal dari Malaysia, cuaca ok, dijemput oleh brother abdul muhaimin (orang tanggungjawab cebu), berjumpa dengan orang islam di sana, ke Masjid Sittie Mariam di jalan Sanciangko St Cebu, orang Islam ?% di cebu (tak pasti), ada yang baru masuk islam kata orang tempatan (masih ramai kristian), ramai anak muda solat di sini, orang perempuan pun dtg solat jumaat seminggu sekali, abdul hamid banyak bg masa bersama jemaah, abdul mujib, abdul karim, jemaah bangladesh keluar 4 bulan di fiipina tiba di markas cebu juga, masuk mall, beli barang taam agak mahal di sini, utk cari makan halal, ada jual holi bi*le dari kanak2 ke orang dewasa.

22 Nov 2015
Bayan hidayat,  urusan tiket, flight KLIA ke Cebu 26 Nov 2015 1040 sampai 1440 , balik 24 Dis 2015, esok ke Putrajaya Diplomatik persint 11 untuk keluar beberapa hari di sana, dekat dengan imigresan putrajaya persint 3 untuk urusan buat pasport.

21 Nov 2015 Tafaqud syura Malaysia, jemaah ada 9 orang, terdiri daripada: Hanafi dadih, Cikgu Azhar Ithnin, Cikgu Azhar Jamitka, Cikgu Najhan Bukit Siput, Cikgu Zamri Keluang, Izhar (Hashim), Imam Azman, Ustaz Kudri,  Beli tiket ke Cebu. Beli barang keperluan lain.

20 Nov 2015 Alhamdulillah bergerak dari Muar ke Masjid Jamek Seri Petaling, bentuk jemaah, mesyuarat dikalangan ahli jemaah, tafaqud syura Malaysia esok.



No comments:

Post a Comment